
mummyfieza
5 tahun
Sakit perut bahagian bawah (tengah)
saya perempuan dan berumur 16 thn ,pada minggu ni saya sering mengalami sakit perut almost every day , mula mula sakit ni kejap je , tetapi lama kelamaan sakit ni dia mesti jadi atleast tiga kali sehari . sakit perut ni dia mcm tiba tiba je sakit . saya fikir ini hanya memulas perut je , tapi everytime saya nak buang air besar dia tak boleh . sometimes cirit tapi sikit sangat. kenapa ye ,

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, sakit perut di bahagian tengah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya ialah:
- Gastritis
- GERD (Acid Refluk)
- Ulser Perut
- Angina (Aliran darah ke jantung berkurangan)
- Cholestitis (Keradangan di hempedu)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.