
mujahidahsolehah7
5 tahun
Sakit perut bahagian bawah
Hai.saya wanita 20an.kerap rasa sakit bahagian bawah perut.(kadang rasa mencengkam dan kadang rasa bisa). Selain tu saya selalu kencing walaupun pengambilan air tak la banyak. Kadang masa tengah kencing saya rasa sakit. Kaki tangan saya akan sejuk macam nak demam. Kenapa ya? Normal ke tak tu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan berlakunya sakit di bahagian bawah perut serta kencing tidak sakit dan pedih, antaranya ialah:
• Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
• Batu karang
• Saluran kencing tersumbat
• STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.