
Sulit
3 tahun
Sakit perut bahagian kanan dan kiri
saya umur 23 tahun , saya mula terasa sakit perut bahagian kanan dan kiri masa umur 15 tahun , selalu bila lambat buang air kecil perut bahgaian kanan saya terasa macam kena cucuk , terlalu sakit , selalu lepas makan saya akan buang air besar , masalah ini sudah berpanjang , selalu pagi pagi terasa mual , saya sering pening kepala

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kesakitan di perut di bahagian kiri dan kanan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejala anda. Antaranya:
- Keracunan makanan – keracunan makanan adalah disebabkan oleh pengambilan makanan yang tercemar.
- Gastrik adalah disebabkan oleh kelebihan acid di dalam perut.
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.