
Sulit
5 tahun
Sakit perut bahagian kanan sewaktu tarik nafas
Saya wanita berusia 25tahun, beberapa minggu lepas saya mengalami sakit bahagian basah perut sebelah kiri, saya pergi ke klinik dokter memberitahu urine ada kuman, saya on antibiotik, pada malam itu juga, perut saya semakin sakit, ubat tahan sakit diberi tak dapat mengurangkan kesakitan. sekarang kesakitan sebelah kanan perut, apabila tarik nafas panjang sedikit, kesakitan sangat.ubat tahan sakit tetap tak mampu mengurangkan kesakitan. Kini kepala saya jadi pusing mungkin kerana kekurangan oksigen

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- radang apendiks
- radang divertikular
- penyakit radang usus ( Crohns/ Ulcerative collitis)
- masalah struktur rahim/ ovari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.