
Anonymous
5 tahun
Sakit perut bahagian rahim
Saya wanita 23 tahun, sering mengalami sakit seperti senggugut walaupun tidak kedatangan haid, sakit yang kerap tetapi sekejap. Setiap kali sakit akan bercampur dengan loya. Apabila haid, senggugut yang serius.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid sakit ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Masalah senggugut ketika haid adalah salah satu perkara biasa yang terjadi kepada wanita akibat hormon prostaglandin yang merangsang pengecutan rahim ketika haid. Namun begitu, senggugut yang teruk boleh disebabkan oleh masalah lain seperti:
- Tisu endometrium tumbuh di dalam otot rahim
- Tisu endometrium tumbuh di luar rahim
- Ketumbuhan fibroid di dalam rahim
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian dan rawatan. Terima kasih.