
Mrzshoppe
2 tahun
Sakit Perut Bawah Kiri Dan Bahagian Belakang Badan Selepas Jangkitan Kuman Pada Kencing
hi doc, sy berumur 30 tahun dan minggu lepas sy telahh berpuasa 2 hari berturut2 dan pada hari ketiga sy mendapati air kencing sy berwarna coklat, sy kemudiannya pergi ke klinik dan memberi sy ubat lawas kencing dan antibiotik dan sy dimaklumkan dehidrasi dan jangkitan kuman. Sehingga hari ini kencing sy beransur normal tetapi rasa sakit di bahagian abdomen bawah masih terasa dan terkadang membuat sy susah membuang air besar. Sy juga perasan bahagian bawah kiri abdomen sy seperti lebih besar sedikit daripada sebelah kiri dan tiap kali selepas makan perut sy akan berbunyi seperti keadaan perut kosong. Terima kasih atas penjelasan doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hi dan salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Ketidakhadaman
Masalah pada usus
Ketumbuhan dalam usus
Hernia
Masalah buah pinggang seperti batu karang
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera sekiranya gejala anda semakin parah atau anda dapat merasakan sesuatu pada abdomen sebelah kiri anda.
Nada juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.