
Sulit
5 tahun
Sakit perut bawah pusat dan merasa sakit ketika batuk dan bersin apakah yang terjadi kepada saya?
saya berumur 18 tahun , semalam masa saya bangun tido perut saya terus sakit dan senak dan berlarutan , sebelum ni saya mengalami sembelit hadi saya kerao meneran ketika membuang air besar adakah apakah yangberlaku kepada saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah sakit perut bawah pusat boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keracunan makanan
- Usus Tidak Selesa (Irritable bowel syndrome)
- Radang appendiks atau appendiks yang pecah
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Memandangkan sakit tersebut akan teruk apabila anda batuk dan bersin, anda disarankan untuk melakukan anda disarankan untuk merujuk kepada doktor yang terdekat untuk pemeriksaan lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.