
srmj_05
5 tahun
Sakit perut belah kanan bawah sedang hamil
Salam doc. Saya bru pregnant ank sulong setelah 3thn berkahwin… 2hari lepas tiba2 perut sy belah kanan bwah sakit cm kejang kejap… sy ingatkn sbb angin ke ap tapi ni dh 2hri sy nk bring tegak pon sakit terpksa bring serong belah kiri tuk selesa… sy gosok2 je bg nk lega tp mlm ni xboleh tido. Panas perutnya… kenapa ya doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan seperti adakah anda mengalami pendarahan di faraj ? adakah anda mepunyai sejarah keguguran ? dan sebagainya sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Jikalau simptom anda tidak sembuh anda amat disarankan untukmerujuk hal ini dengan pakar obstektrik untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya untuk mengekalkan kehamilan anda.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.