Anonymous
6 tahun
Sakit perut belah kanan,dn sesak nafas
Saya berumur 31tahun…sejak 2hari lepas sy terasa Sesak nafas,sakit perut belah kanan,demam,tekak terasa bengkak…pergi klinik doctor kata sy gastrik,xmungkin kerana sy bkerja di restaurant,mkn mmg mengikut waktu…so skrg sakit sy masih x berkurangan lagi…apakah sakit yg saya alami skrg ni???
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkannya. Antaranya ialah :
- Masalah hempedu
- Radang buah pinggang
- Shingles
- Masalah hati jika pengambilan alkohol yang berlebihan
- Masalah perut seperti gastrik, ulser perut, masalah penghadaman dll
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!





























