
Sulit
3 tahun
Sakit Perut belah kanan yg berdenyut denyut
Saya wanita 30an. Sakit berdenyut di bahagian kanan perut.Hari ini hari pertama period. Sakit yg tiba2. Bukan senggugut. Adakah masalah apendiks?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang itu mengalami kesakitan disekitar kawasan perut:
- Sista ovari (ovarian cyst)
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory disease)
- Jangkitan kelamin
- Hernia
- Masalah usus
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.