
Sulit
3 tahun
Sakit perut belah kiri dan adakah dengan ct scan sahaja cukup
Saya pelajar tingkatan 5. Baru2 ni saya sakit perut hingga dimasukkan ke hospital. Saya juga menjalankan ct scan dan dr memasukkan sesuatu dari lubang dubur saya seperti air julap saya rasa. Saya juga mengatakan kepada dr saya pernah melihat tompok merah di najis saya. Tapi dr mengatakan tiada apa2 berdasarkan result tersebut dan hanyalah infection di kolon saya. Sehingga hari ini saya buang air besar seperti biasa tanpa ada masalah tetapi bila saya nervous saya rasa seperti ditekan dibahagian kiri bawah perut saya. Saya amat risau kerana ia seperti ada kaitaj dengan kanser usus

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kesakitan perut di bahagian kiri perut. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Sembelit
- Bowel obstruction/usus tersumbat
- Batu karang
- Jangkitan buah pinggang/jangkitan air kencing
- Sakit otot
- Barah/kanser buah pinggang
- Angin pasang
- Diverticulitis
Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.