
Sulit
2 tahun
Sakit Perut @ berak berdarah
Saya berumur 18 tahun…saya sering sakit perut…bila makan dan selepas makan…saya jugak pernah berak berdarah …perut saya sakit sangat…apa penyakit saya doctor?

5 tahun
Salam sejahtera
saya memahami kebimbangan anda tentang masalah sering sakit perut dan berak berdarah. Untuk pengetahuan anda, masalah ini boleh disebabkan oleh banyak perkara dan kondisi. Antaranya ialaha:
- Buasir
- Ulser pada saluran usus
- Kanser usus
- Fistula pada dubur
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.