
Sulit
5 tahun
Sakit perut berdenyut2 belah kiri
Hi Doctor, saya sakit perut bahagian kiri berdenyut2. Sebelum ni pernah terjadi 2 minggu lepas lepas sy makan udang galah yg agak byk dlm 4 ekor, kemudian sakit dan pulih dalam masa seminggu. Harini, sakit yg sama datang balik tapi sy tak makan udang ataupun seafood yg lain.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- GERD
- Gastritis
- Keracunan makanan
- Radang apendiks
- Sembelit
- Penyakit radang usus
- Jangkitan saluran air kencing/buah pinggang
- Bagi wanita - kehamilan ektopik/Penyakit radang pelvis/ovulasi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.