Sulit
3 tahun
Sakit perut berhari²
Hi doc, saat mengalami cirit birit selama tiga @ empat hari, dan ulang alik ke tandas berkali². Adakah itu normal ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami dan atas soalan yang dituju.
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan cirit birit seperti:
- jangkitan bakteria dalam usus
- keracunan makanan
- alahan pada makanan seperti susu
- ubat seperti antibiotik
- keradangan usus
- penyakit Crohn
- ulser usus
Untuk menjawab soalan anda, ini adalah tidak normal sekiranya anda tidak pernah mengalami keadaan seperti ini.
Sila berjumpa doktor dengan segera sekiranya anda mempunyai gejala yang disebutkan di bawah:
- Demam
- Darah di dalam najis
- Kelesuan badan
- Pening kepala
Sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap bersama doktor kami di atas talian dan untuk mendapatkan penjelasan dan rawatan yang sesuai untuk anda. Terima kasih.