
Sulit
5 tahun
Sakit perut berminggu 2
Saya wanita berusia 54 tahun … saya telah mengalami skit perut Dan nak masuk Hari ke 20. Sakitnya seakan2 senak Dan kerap Kali buang air besar. Kadng2 rasa nak buang air besar tapi tak keluar apa2. Saya pergi cek Klinik Doktor Hanya bagi suntikan Dan ubat angin tetapi sakit saya tetap tak sembuh2

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Irritable bowel sydrome
- ketumbuhan pada usus
- hernia
- inflammatory bowel syndrome
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.