
Sulit
5 tahun
Sakit perut berpanjangan dn meragam shingga menyebabkn saya tidk selesa dn tidk bermaya serta kurang berselera yg menyebabkn sy sudh tidk mcm dlu lgi
saya sudah 5 hri skit perut,kadang2 sakit bila perut berbunyi,sngat2 skit,sjak akhir2 ni saya x amalkan pemakanan ikut masa walaupun sy sudh makan untuk hilangkn skit perut dn lapar,ttapi skit itu x hilang dn kadng2 sy jdi sukar bernafas atau sesak nafas.sy juga kurang selera skrang dn badan saya sngat2 lemah,terasa sprti ada sesuatu yg terdekat di kerongkong dn sy jdi kurang selera untuk makan .skit perut tu terasa mcm kepedihan dn sy juga kerap sendawa dn buang angin

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keracunan makanan
- Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
- GERD
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.