
Sulit
4 tahun
Sakit perut berpanjangan , sentiasa membuang air besar, terdapat beberapa ekor cacing pada najis yang dibuang, sering pergi ke tandas pada setiap waktu, apabila habis makan dan tidak ada selera untuk makan
Saya remaja 17 tahun , saya selalu sakit perut dan sering ke tandas pada setiap waktu,saya dapati selepas membuang najis terdapat beberapa ekor cacing yang berada pada najis saya,bole tak bantu saya, apa yang sedang berlaku kepada saya, saya sakit perut melebihi empat hari

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kerisauan anda mengenai gejala yang anda sedang alami.
Berdasarkan kenyataan anda, anda seperti mengalami jangkitan cacing. Walaupun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am dan anda perlu diperiksa oleh doktor untuk mengetahui punca sebenar dan mendapatkan rawatan yang sesuai.
kami sarankan agar anda segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami gejala seperti yang disebutkan di bawah:
- Hilang selera makan
- Turun berat badan walaupun selera makan seperti biasa
- Najis berdarah
- Sakit perut
- Cirit birit
- Lemah dan lesu badan
- Demam berpanjangan
- Sakit kepala
- Ruam badan
- Kembung perut
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk konsultasi secara atas talian bersama dengan doktor kami. Terima kasih.