
awesmss1317
5 tahun
Sakit Perut Berpanjangan
Saya mengalami sakit perut sejak 2 minggu yg lalu, pada mulanya, saya sakit perut akibat makan makanan pedas dan doktor di klinik memberikan saya ubat angin dan sakit perut. Untuk beberapa hari selepas itu, sakit perut saya mula reda tapi masih tidak berasa selesa. Kemudian, sakit perut itu datang balik sehinggakan saya tidak boleh tidur malam. Saya pergi ke klinik untuk kali kedua dan mendapatkan ubat yg sama. Sakit perut reda untuk beberapa hari tetapi kembali selepas ubat yg saya ambil habis dimakan. Adakah saya mengalami sakit perut biasa ataupun mempunyai masalah yg lebih teruk?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk menjawab persoalan anda tentang sakit perut ini, kami memerlukan maklumat tambahan sebelum kesimpulan dibuat seperti :
- Kawasan abdomen mana anda mengalami sakit perut?
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih