afrina

5 tahun

Sakit perut bila period

Doktor, kenapa ye perut saya sakit sangat bila period. Tak tahan. Saya sampai tak boleh ambil exam sebab sakit sangat. Tolong saya doktor. Terima kasih.

Dr Ilias,

5 tahun

Sakit perut merupakan salah satu gejala yang paling biasa dialami oleh warga perempuan semasa kedatangan haid. Perubahan hormon yang berlaku semasa kedatangan haid akan menyebabkan otot-otot di dalam rahim anda untuk mengeras untuk membuang darah di dalam rahim.

Selain itu, perubahan hormon tersebut akan meningkatkan sensitiviti badan terhadap kesakitan yang berpunca daripada otot-otot rahim yang mengeras. Oleh itu, warga perempuan akan mengalami sakit perut semasa kedatangan haid. Secara umumnya, sakit perut semasa haid boleh dikurangkan dengan menggunakan ubat tahan sakit seperti ibuprofen atau ubat pencegah kehamilan.

Namun demikian, sakit perut yang teruk semasa kedatangan haid boleh disebabkan oleh pelbagai jenis kondisi lain seperti:

  • endometriosis (lapisan dalam rahim yang tumbuh di luar rahim)
  • fibroid
  • adenomyosis
  • jangkitan rahim

Penyakit-penyakit seperti endometriosis boleh menyebabkan komplikasi yang serius seperti ketidaksuburan jika tidak dirawat dengan awal. Oleh sebab kesakitan anda telah mengganggu aktiviti harian anda, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor dengan segera untuk mendapatkan rawatan.

Selamat sejahtera! Terima kasih atas soalan anda.

Saya dapat memahami bahawa anda sangat prihatin terhadap keadaan anda. Saya berharap anda berada dalam keadaan yang baik. Seperti yang telah anda nyatakan bahawa anda mengalami sakit perut yang terlampau semasa haid.

Setiap wanita berbeza dan mempunyai sakit haid yang berlainan. Anda boleh mengambil ubat tahan sakit seperti mefenamic acid 500mg sekali sehari untuk mengurangkan sakit perut anda. Selain itu, anda haruslah minum air yang secukupnya kerana kekurangan air boleh menyebabkan sakit perut.

Anda digalakkan untuk melakukan senaman yang ringan kerana ia dapat membantu mengurangkan rasa sakit yang anda alami. Selepas bersenam, peredaran darah anda akan menjadi lebih lancar dan hormon endorfin yang dihasilkan dapat membantu mengimbangkan hormon prostaglandin yang menyebabkan sakit perut anda.

Selain itu, anda boleh menuam perut anda dengan beg air panas dan ia boleh membantu mengebaskan otot rahim anda justeru mengurangkan sakit perut anda. Jika gejala ini masih berlarutan dan mengganggu aktiviti harian anda, anda dinasihatkan untuk berjumpa dan mendapatkan rawatan doktor.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)