
Sulit
4 tahun
Sakit perut, cirit birit, sendawa rasa gas
Saya perempuan 20 tahun. Semalam pukul 4 perang saya ada makan tiram mentah dan raw salmon. Dan kelmarin juga saya ada attend makan di kenduri kawin . Hrini pada sebelah tghri pukul 1 ptg, saya mula sakit perut dan asyik membuang air besar. Sebelah petang, perut saya semalin memulas dan saya cirit birit dan jika saya sendawa rasa gas. Adakah itu sebab perut masuk angin atau salah makan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan sakit perut dan cirit-birit. Dua punca yang paling utama adalah keracunan makanan (food poisoning) dan radang perut atau usus (gastroenteritis). Keracunan makanan biasanya hanya menyebabkan cirit-birit untuk satu atau dua hari sahaja dan biasanya orang yang mengalami keracunan makanan tidak akan mengalami demam. Keracunan makanan disebabkan oleh toxin atau bahan kotor di dalam makanan.
Sebab lain seperti radang perut dan usus atau gastroenteritis juga satu kemungkinan. Kondisi ini adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria, virus atau parasit. Jangkitan ini berpunca dari makanan dan minuman yang tercemar serta persekitaran yang kurang bersih. Pesakit akan mengalami gejala seperti cirit-birit, demam, loya, sakit perut dan keletihan. Cirit-birit yang teruk boleh menyebabkan dihidrasi atau kekurangan air dan ia boleh mendatangkan maut jika tidak dirawat dengan betul.
Terdapat pelbagai punca lain yang boleh menyebabkan cirit birit seperti demam denggi, demam tifoid dan sebagainya. Penyakit-penyakit ini adalah lebih serius dan boleh mendatangkan maut. Oleh itu, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin. Doktor akan membuat pemeriksaan dan ujian selanjutnya untuk mencari punca kepada gejala anda. Setelah doktor memastikan bahawa anda menghidap radang usus dan perut dan bukannya penyakit lain, doktor akan memberi nasihat serta rawatan terbaik untuk anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.