Sulit
3 tahun
Sakit perut Dan berak berdarah adakah ia disebabkan pemakanan saya yg x sihat?
Saya berumur 18 thn saya sakit perut Dan berak berdarah pada pertama Kali buang air besar dan saya dh berjumpa dengan doctor , doc kata ia disebabkan gastrik .Bolehkan gastrik menyebabkan berak berdarah ?Boleh tak doc berikan nasihat?
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah berak berdarah boleh disebabkan oleh:
- Buasir
- Pendarahan akibat luka pada dubur biasanya akibat sembelit atau cirit birit yang kerap
- Pendarahan dari usus besar akibat masalah seperti radang usus
- Rectal ulser
- Masalah pendarahan
- Kanser usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.