
Sulit
4 tahun
Sakit perut dan cirit birit sudah 2 hari
saya lelaki berumur 28 tahun… sejak 2 hari saya mengalami masaalah skit perut senak perut dan cirit birit tpi sudah brjumpa docter kt kwsan tmpt sy. tpi doctor sngkakn sy gestrik sbb sblm ni sy ada gestrik tpi lpas mkn ubat dlm tempoh 1jam sudah hilng rsa skit prut… tapi kali ni dah 1hari lebih msih sama sakit lagi malah bila minum atau makan perut sy akn rasa skit mcm senak mcm dipicit2 prut…dan cirit berpanjngn

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit perut dan cirit-birit. Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa penyebab, antaranya ialah:
- sakit otot
- diverticulitis (radang pada kantung usus)
- usus tersumbat
- jangkitan kuman dan bakteria
- inflammatory bowel disease
- irritable bowel syndrome
Berdasarkan keterangan anda bahawa gejala cirit-birit anda alami sudah berpanjangan, adalah sebaiknya anda berjumpa dengan doktor secara langsung bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan segera untuk kelegaan anda.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih