Anonymous
6 tahun
Sakit perut dan demam sepanjang period
saya wanita 26 tahun sudah berkahwin dan melahirkan anak. Selepas 7 bulan melahirkn anak saya telah memakai alat perancang kehamilan iucd. sekarang adalah period saya yang kedua sepanjang saya memakai iucd (baru sebulan pakai). Masalah saya sekarang adalah saya mula demam on off dan sakit perut di tengah-tengah abdomen dan sakit perut tu datang kejap-kejap. Kadang2 sakit perut dan saya terkentut. kadang2 sakit perut sampai saya cirit birit. Normal ke begitu? saya sangat rungsing kerana badan saya lemah dan kaki tangan saya terasa sengal sengal. Adakah normal kerana saya memakai iucd??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, komplikasi serius dari pemasangan IUD jarang berlaku. Walau bagaimanapun, sesetengah wanita menghadapi masalah. Masalah ini biasanya berlaku semasa atau tidak lama selepas pemasangan IUD, yaitu:
- IUD menembus dinding rahim
- Penyakit keradangan pelvik (PID)
- Kehamilan atau kehamilan ektopik
Sekiranya sakit memberat, sebaiknya anda memeriksakan diri ke doktor untuk ditangani lanjut. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



































