Sulit
6 tahun
Sakit perut dan haid yang sedikit
Assalammualaikum doktor , saya wanita 18 tahun mengalami masalah haid yang sedikit buat pertama kali , adakah warna haid , kepekatan haid dan faktor lain lain sama dengan (spotting darah pregnant) adalah sama ? harap doktor boleh bantu masalah saya , terima kasih .
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, jumlah darah haid yang sedikit pada umumnya tidak menjadi masalah kerana ia dipengaruhi faktor seperti umur dan kitaran hormon pada bulan tersebut. Pendarahan haid dan pendarahan implantasi kehamilan agak sukar dibezakan hanya dengan penglihatan sahaja dan cara terbaik untuk mengenalpasti status kehamilan adalah dengan menggunakan ujian air kencing dan pemeriksaan ultrasound. Gejala sakit perut dan pendarahan yang seikit yang anda alami boleh disebabkan sindrom menstruasi, kehamilan (dalam atau luar rahim), endometriosis ataupun fibroid dalam rahim.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



























