
Sulit
3 tahun
Sakit perut dan Kerap membuang air kecil
saya sorang lelaki berumur 21, saya menghadapi masalah sakit perut dan Kerap membuang air kecil semasa saya meminum air。 tetapi saya minum air sehari 4 hingga 5 little。 semasa saya membuang air kencing saya akan sakit perut dan nak guna lebih banyak tenaga untuk membuang air kencing。

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, anda ingin mengetahui punca anda sakit perut, kerap membuang air kecil, serta kesukaran ketika membuang air kecil.
Untuk makluman pihak tuan, gejala-gejala yang sedang tuan hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Jangkitan saluran kencing
- Bengkak pada organ zakar dan sekitarnya
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Batu karang
- Kanser pundi kencing
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.