
Sulit
3 tahun
Sakit perut dan letih yang luar biasa
Saya wanita yang berusia 30 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Selepasa melahirkan anak ketiga, pada 3 bulan pertama, saya mengambil pil perancang dan bertukar jenis pil perancang sebanyak 3 kali sepanjang 3 bulan pertama saya mengambil pil perancang. Selepas dari itu, saya mula mengambil jarum perancang dan sudah genap setahun saya mengambil jarum perancang ini. Apa yang menjadi tanda tanya saya ialah, saya tidak pernah datang haid selepas sebulan mengambil jarum perancang ini tapi mula datang haid selepas 11 bulan mengambil pil perancang, tetapi darah haid tak banyak, hanya sedikit sahaja, kemudian, 2 minggu kemudian, saya keluar haid lagi dan kitaran haid seperti biasa, cuma selepas saya melakukan seks bersama suami, tiba-tiba keluar sedikit darah bercampur dengan lendir jernih dan berterusan selama beberapa hari dengan darah yang sedikit sahaja. Lepas dari itu, saya mengalami sakit di bahagian bawah perut sebelah kiri dan ada masanya rasa seperti ada sesuatu yang bergoncang di dalam bila saya bergerak atau berjalan. Saya juga terasa sangat mudah letih dan lemas yang lain daripada yang sebelum ini. Terasa macam ingin rehatkan diri dan sangat letih yang luar biasa, apakah masalah sebenar untuk perkara yang saya hadapi doktor?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengubungi kami.
Kami memahami kekhuatiran anda tentang gejala sakit di bahagian bawah perut sebelah kiri yang terkadang disertai rasa bergoncang. Anda juga sering berasa mudah letih, lemas dan mempunyai gejala haid yang sedikit serta pernah mengalami perdarahan setelah berhubungan dengan suami. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan puan gejala perdarahan setelah melakukan hubungan seks adalah sesuatu yang tidak normal. Tambahan lagi, gejala sakit di bahagian bawah perut yang disertai gejala gangguan kitaran haid, perdarahan, mudah letih dan lemas boleh disebabkan perkara yang serius dan memerlukan pemeriksaan lebih lanjut seperti
- keradangan pelvis
- polip atau fibroid rahim
- kanser pada organ kelamin
Oleh itu, anda disarankan anda untuk mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital yang terdekat.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.