
Anonymous
5 tahun
Sakit perut dan sakit kepala berterusan
Saya sakit perut dan sakit kepala berterusan. Sudah 2mggu.
Apakah ini symptom kepada penyakit yg lebih serious?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Sakit kepala dan darah tinggi merupakan masalah yang sering dihadapi. Adalah munasabah jika darah tinggi dikatakan sebagai salah satu punca sakit kepala.
Sakit kepala boleh dibahagikan kepada 2 kategori.
Kategori pertama adalah sakit kepala yang berpunca daripada masalah saraf di dalam otak seperti sakit kepala disebabkan oleh tekanan, migrain dan sakit kepala kluster. Hampir 90% kes sakit kepala berada dalam kumpulan ini.
Kategori kedua adalah sakit kepala yang disebabkan oleh masalah di luar sistem saraf seperti darah tinggi yang serius, kanser otak, komplikasi kehamilan dan serangan angin ahmar.
Untuk makluman anda, sakit perut boleh disebabkan oleh:
- Gastritis( gastrik)
- GERD (Acid Refluk)
- Ulser Perut
- Masalah berkaitan pankreas
- Angina (Aliran darah ke jantung berkurangan)
- Cholestitis (Keradangan di hempedu)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.