
Sulit
4 tahun
Sakit perut dan sakit kepala juga rasa loya rasa nak muntah
Saya seorang wanita. Berumur 21 tahun. Saya mengalami sakit perut pada bahagian kanan, juga terasa kembung perut dan loya nak muntah, saya juga kerap sendawa dan kentut tetapi kadang² boleh berak kadang tak berak. Selepas makan juga saya berasa nak muntah. Apakah masalah kesihatan yang sedang saya alami?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, masalah sedemikian boleh berpunca daripada beberapa penjelasan, antaranya ialah:
- Keracunan makanan
- Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
- GERD
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
- Sakit senggugut semasa kedatangan haid
Untuk makluman anda, secara umum, masalah loya dan muntah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- kekurangan gula dalam tubuh
- kekurangan rehat atau tidur
- rutin makan yang kurang sihat
- tanda-tanda dehidrasi
atau ia juga boleh disebabkan oleh:
- jangkitan kuman yang disertai keracunan makanan
- gangguan saluran pencernaan
- gangguan penyakit yang memerlukan pemeriksaan yang lebih khusus
Khusus sekiranya anda seorang wanita, ia juga boleh menandakan:
- gangguan kitaran haid
- gangguan hormon
- mahupun gangguan organ wanita
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.