
Anonymous
6 tahun
Sakit perut dari bawah tulang rusuk hingga ke belakang
Saya wanita berusia 43 tahun. Saya sering mengalami sakit perut bawah tulang rusuk hingga ke belakang. Rasa mual dan kadang2 menyebabkan saya muntah. Bila saya makan ubat tahan sakit, rasa panas di perut dan pasti saya akan muntahkan semula. Apakah masalah saya sebenarnya doc.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, terdapat kemungkinanan anda menghadapi masalah pada sistem pencernaan anda sama ada perut, usus, atau organ sekitarnya seperti hempedu. Nmaun begitu, terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Selain itu pemeriksaan dan juga ujian tertentu juga adalah diperlukan.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih