Anonymous
6 tahun
Sakit perut dekat 3bulan
Saya wanita berusia 28tahun sudah berkahwin 5bulan. Awal perkahwinan 2bulan datang bulan normal 3-5hari. Pada bulan kedua datang bulan saya berbeza terlalu banyak pendarahan n ketulan darah yang keluar pada hari ketiga datang bulan pada tengahari dan petang sudah kering tidak keluar darah lagi. Pada bulan ketiga n seterus ye kitaran haid saya dah tak betul maksud ye saya datang bulan sehari ke dua hari saje dan kiraan kitaran haid pun sudah berubah dari 28hari ke 24hari. Perut belah bawah berdekatan ari2 kerap sakit dekat 3bulan dah setiap hari sakit cuma masa ye tidak 24jam sakit ada2 masa saje terasa sakit. Saya dah test upt negative n check klinik tapi doktor hanya cakap saya kencing kotor. Kencing kotor boleh menyebabkan sakit perut berterusan ke? Mungkin ke kencing kotor menganggu kitaran haid saya? Dan kenapa check upt negative tapi saya ada sikit2 simptoms pregnant macam kerap letih bila melakukan kerja berlebihan, kerap sakit kepala, kadang rasa loya2?? Harap doktor boleh bantu saya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak puan, terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan perubahan kitaran haid atau kitaran haid yang tidak teratur, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Mengenai gejala sakit perut, ia boleh disebabkan oleh masalah haid atau masalah jangkitan kencing (kencing kotor tersebut). Untuk makluman anda, masalah kencing kotor boleh berulang. Keletihan, sakit kepala dan loya biarpun sering dikaitkan dengan kehamilan, boleh disebabkan oleh masalah kesihatan yang lain.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini dengan lebih lanjut agar maklumat lebih mendalam boleh diberikan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.






























