
Sulit
4 tahun
Sakit perut di bahagian kanan
Saya sering mengalami sakit perut sehingga menimbulkan kesakitan di ulu hati.baru baru ni perut sebelah kanan juga turut sakit sehingga sukar bergerak… boleh ke saya berjumpa dengan dr untuk pemeriksaan ketika tidak sakit?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit perut di bahagian kanan. Untuk makluman anda, secara amnya, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Penyakit radang pelvis
- Radang apendiks
- Ovulasi/kehamilan ektopik/endometriosis
- Penyakit radang usus
- Jangkitan saluran air kencing/buah pinggang
Untuk mengetahui punca masalah anda, maklumat dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Jika masalah ini berulang, sehingga menyebabkan aktiviti harian anda terjejas, sebaiknya anda berjumpa dengan doktor secara langsung bagi mendapatkan rawatan yang tepat.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih