Sulit
4 tahun
Sakit perut di bahagian kiri dan berbunyi walaupun sudah kenyang
Saya seorang remaja yang berusia 16 thn. Saya sering sakit perut di bhgn kiri dan perut saya sering berbunyi walaupun sudah kenyang.kdg² saya sakit perut sehingga ingin berak tetapi ianya x keluar. Pernh juga waktu saya tidur…perut saya bergetar seperti ingin meletup rasanya. Saya amat khawtir…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Aktiviti atau pergerakan perut yang aktif
- Hernia
- Usus tersumbat (intestinal obstruction)
- Sista ovari (ovarian cyst)
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami gejala sedemikian. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar dan mendapatkan rawatan.
Alternatif lain adalah anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan yang lebih cerah daripada doktor kami di atas talian. Terima kasih.






























