sheera.rahim
6 tahun
Sakit perut dibahagian bawah kiri
Saya wanita berumur 28tahun. Saya mwngalami sakit perut yang teruk sehingga terpaksa mengambil pain killer. Untuk makluman doktor, saya berasa kurang selesa pada perut dari pagi semalam sehingga awal pagi lebih kurang pukul 2/3pagi sakit semakin teruk. Dan rasa sakit sehingga terpaksa menekan perut.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda terdapat belbagai perkara yang boleh menyebabkan masalah sakit perut. Antaranya:
- Keracunan makanan
- Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
- GERD
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
- Masalah pada buah pinggang seperti jangkitan kuman atau batu karang
- Masalah pada organ peranankan wanita seperti ovari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.






























