
ctfauziah30
5 tahun
Sakit Perut from tengah2 perut ke kanan bahagian bawah
Assalamualaikum. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Nak tanya. Apakah simtom simtom sakit appendiks? Cause this few days, saya mengidap sakit perut mcm cramp sebalah kanan ni… If jalan sakit tu dtg… If duduk sakit tu dtg… Even if berbaring sakit tu dtg… But it comes n go… I did feel mual… But tidak muntah… Berak pun cair… Berak 2-3 kali jer sehari… Sebelum sakit ni… Saya terasa dingin… Kesejukkan n temperature badan panas sikit… Only for one night… After that one night… Then saya sakit mcm ni lah… This thing happened for 3 days dh…
Thats all soalan saya… Terima kasih doktor…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini antaranya ialah:
- Ulser duodenum (duodenal ulser)
- Gastroenteritis :Kebiasaannya ia berpunca daripada jangkitan pada usus
- Masalah pencernaan (dispepsia)
- Serangan Apendisitis : Apendisitis adalah radang atau jangkitan pada usus buntu (appendix)
Anda mungkin mengalami satu atau lebih gejala yang berikut sekiranya anda mempunyai sakit appendix:
- Hilang selera makan
- Loya
- Muntah
- Cirit-birit
- Sembelit
- Ketidakupayaan untuk kentut
- Pembengkakan perut
- Demam
- Kekejangan perut
- Sakit semasa membuang air kencing
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih