
Sulit
3 tahun
Sakit perut gastrik atau batu karang
Sy wanita berusia 27 tahun. Sy sakit perut sudah 3 hari, hari pertama pergi ke klinik doc kata gastrik. Diberi ubat cucuk dan pil. Perut sy sakit di tengah dari atas pusat hingga bawah pusat. Hari ketiga sakit dibahagian atas berkurangan tetapi di bahagian bawah pusat makin sakit. Pundi kencing sy sakit mencucuk cucuk. Air kencing sy kotor. Ketika membuang air sy berasa sakit dan seksa. Adakah ini simptom batu karang bukan gastrik? Ini kerana sy sudah makan ubat gastrik selama 3 hari tetapi masih sakit.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya air kencing pekat, jangkitan pundi kencing, batu karang dalam pundi kencing, penyakit pundi kencing dan lain. Sekiranya batu karang dalam buah pinggang, gejalanya adalah sakit pinggang.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Buah Pinggang (Nephrologist).