
nuramiratul257
5 tahun
Sakit perut & hidung tersumbat
Saya wanita berusia 21 tahun. Saya selalu mengalami sakit di bahagian sebelah kiri abdomen. Mungkin di bahagian usus. Kadang2 ada juga terasa sakit di bahagian kanan abdomen. Saya mudah rasa letih walaupun kadang2 tidak lakukan apa2 aktiviti pun dan menyebabkan saya selalu tertidur dalam kelas. Saya juga cepat rasa kenyang bila makan. Kadang2 hilang rasa selera makan. Tapi berat masih maintain. Akhir ramadhan yang lalu, saya mengalami cirit berit dan berlanjutan hingga syawal. Saya juga selalu mengalami hidung tersumbat & terasa banyak kahak di bahagian tekak. Kadang2 ada juga terasa sempit di dada & susah untuk bernafas. Saya sudah mengambil ubat untuk cairkan kahak yang diberikan oleh doktor. Tapi tidak berjalan. Apa sakit saya ya dr?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, anda mempunyai pelbagai gejala yang mungkin adalah daripada masalah yang sama atau tidak. Anda mengkin mempunyai masalah dengan sistem pencernaan anda. Namun begitu, untuk membuat kesimpulan tentang gejala yang anda hadapi, pihak kami perlu mendapat keterangan lanjut mengenai gejala yang anda hadapi.
Oleh itu, sila rujuk masalah anda ini dengan lebih lanjut agar anda boleh memberi penerangan yang lebih jelas dan mendalam. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.