
Sulit
4 tahun
Sakit perut kanan tanda apa
assalamualaikum doktor… saya haritu check upt ada line samar… pastu clearblue ‘not pregnant’ , bile buka dalam strip dia ade 3 line… maknanya pregnant atau tidak? atau terlalu awal? saya sekarang asyik sakit perut kanan… kadang rase macam ada bende cubit2 kt perut kanan… pagi tadi pun muntah loya…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara amnya, sakit perut kanan boleh disebabkan oleh beberapa penyebab, antaranya:
- Penyakit radang pelvis
- Radang apendiks
- Ovulasi/kehamilan ektopik/endometriosis
- Penyakit radang usus
- Jangkitan saluran air kencing/buah pinggang
Hindari sakit perut dari mengganggu aktiviti harian anda dengan penjagaan yang betul.
Untuk mengetahui punca sebenar, maklumat lanjut diperlukan sebelum sebarang kesimpulan dapat dibuat.
Berkenaan dengan ujian kencing kehamilan (UPT) yang samar, kemungkinan keputusan pertama anda negatif kerana kadar hormon hCG terlalu sedikit dalam air kencing untuk dikesan ujian kehamilan. Ujian kehamilan mengesan hormon kehamilan yang dipanggil sebagai human hCG (human Chorionic Gonadotrophin). Hormon ini akan meningkat ketika waktu hamil.
Selalunya wanita dinasihatkan untuk membuat ujian kehamilan 2 minggu selepas haid lewat. Namun begitu, ujian kencing kehamilan mempunyai 97% keberkesanan untuk mengesan kehamilan tetapi ia boleh terjejas jika:
- ujian kehamilan rosak
- teknik yang salah
Anda boleh ke mana-mana klinik berdekatan untuk melakukan ujian kencing kehamilan ataupun melakukan ujian darah yang memberikan keputusan yang lebih tepat.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.