
Sulit
5 tahun
Sakit perut keliling pusat, pedih di dada dan belakang
Saya wanita berusia 34tahun,sakit sekitar perut terutama d bahagian sekitar pusat, disertai pedih di dada depan dan blkg. Kadang2 sehingga menyababkan muntah. Sakit kepala yg teruk juga sering melanda. Dah makan dan minum masih merasai sakit yg sama.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut dan dada yang anda alami boleh disebabkan:
- Asid refluks (gastrik)
- Radang apendiks
- Radang hempedu
- Penyakit ulser perut
- Penyakit radang pankreas
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.