
naininine9
6 tahun
Sakit perut ketika hamil
Boleh ka sya makan ubat tahan sakit pontalon

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Terdapat beberapa punca yang yang boleh menyebabkan sakit perut ketika hamil. Antaranya ialah:
PERUT BERGAS
Perut bergas mungkin boleh disebabkan oleh meningkatnya kadar hormon progesteron, yang dapat menyebabkan otot-otot saluran pencernaan ibu bekerja lebih lambat.SEMBELIT
Masalah sembelit ini berkait rapat dengan masalah gas yang menyebabkan punca saluran pencernaan yang kurnag efisyen, seperti diterangkan di atas.KEHAMILAN LUAR RAHIM / EKTOPIK
Salah satu tanda sakit perut yang bahaya adalah kehamilan ektopik, iaitu kehamilan yang berkembang di luar rahim.
Maklumat yang lengkap tidak terdapat untuk menyatakan Pontalon adalah selamat digunakan pada masa hamil. Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian agar masalah anda dapat dirawat dengan ubat yang sesuai. Terima kasih.