
Sulit
5 tahun
Sakit perut ketika meneran tapi tidak sembelit
hai doktor, saya wanita berusia 27tahun. Saya nak tanya, kenapa kadang2 bila berak, perut sakit bila meneran. Ianya kadang2 sahaja terjadi. saya tak boleh meneran walau sikit sebab sakit macam cramp di kawasan bwh pusat kiri dan kanan. saya tidak sembelit, najis lembut dan keluar juga. tapi bila perut jadi sakit nak meneran, berak rasa tak lawas. kenapa ya doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat pelbagai sebab untuk kesakitan di bahagian perut. Berdasarkan kenyataan anda di atas, terdapat beberapa punca yang menyebabkan sakit perut antaranya termasuk:
- inflammatory bowel disease
- irritable bowel syndrome
• Keracunan makanan – keracunan makanan adalah disebabkan oleh pengambilan makanan yang tercemar.
• Gastrik adalah disebabkan oleh kelebihan acid di dalam perut.
• Radang pankreas atau pancreatitis.
• Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.