
faidhi.1989
5 tahun
Sakit Perut lebih dari seminggu
saya berumur 30 tahun, lelaki.
dalam masa 3 bulan ini saya kerap mengalami sakit perut.
setiap kali saya pergi ke klinik Doc akan beri ubat gastrik serta ubat angin dan kebiasannya akan hilang pada hari sama.
seminggu yang lepas saya mengalami sakit perut yang sangat sakit sehingga dua hari.
walaubagaimanapun sakit perut telah berkurang tapi rasa ingin membuat air besar dan perut rasa tidak selesa berlarutan sehingga kini…
Perlukan saya merujuk kepada hospital

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah sakit perut yang anda alami boleh disebabkan:
- Penyakit ulser perut
- Radang hempedu/pankreas/apendiks
- Penyakit radang usus
- Keracunan makanan
Sebelum membuat temujanji dengan pihak hospital atau klinik pakar, anda boleh menggunakan ubat yang diberikan doktor sebelum ini disamping perbanyakkan makanan seperti sayur dan buah serta makanan probiotik seperti tempeh/yogurt bagi kelancaran usus. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.