
Sulit
3 tahun
Sakit perut macam sengugut
Hi Doc , saya nak tanya … ikut kan period sy due dia 13hb , tp ni dah lewat beberapa hari … and saya mengalami period cramp tapi saya tak period … dia datang on off … tp bila saki tu datang , sampai menangis saya terduduk … Saya tunggu juga … tapi tak keluar2 darah … breast sy pun sakit , pinggang pun lenguh , bila sy pergi klinik Swasta , dia cuma cakap tu siptom nak period . Tp sampai sekarang tak datang jugakk … saya sudah berkahwin 10bulan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda mengalami kelewatan period, sakit senggugut serta sakit payudara yang sangat teruk. Anda sudah dapatkan temujanji di klinik swasta namun simptom masih tidak berkurangan. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa jenis penyakit. Antaranya adalah:
- Ovarian cyst
- Endometriosis
- Fibroid
- Kehamilan normal atau ektopik
- Kehamilan molar
- Kesan sampingan perancang keluarga jenis hormon
Berikut merupakan senarai umum punca gejala anda. Kami tidak dapat memberikan nasihat rawatan atau diagnosis tepat tanpa sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal atau ujian klinikal.
Kami menasihati agar masalah ini dirujuk kepada doktor atau pakar sakit puan kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan