
Sulit
4 tahun
Sakit perut memulas setiap pagi. Sakit perut selama 3 hari berturut turut
Saya lelaki 20 an. Saya ingin bertanya, saya sakit perut sejak 3 hari lepas. Sakit perut memulas tapi dari pagi saja selepas bangun. Ptg malam takde rasa sakit perut. Saya dh buang air besar dan ambil ubat tp masih sakit perut. Apaa yg perlu saya lakukan. Semalam saya rasa demam tapi hari dah baik

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi kami dan bertanyakan masalah anda.
Berdasarkan keterangan anda, kerisauan anda adalah berkenaan rasa sakit memulas setiap pagi selama 3 hari berturut-turut. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya gejala sakit perut ini boleh disebabkan oleh:
- tabiat pemakanan yang kurang sihat
- kesan sampingan dari ubat
- stress otot yang berlebihan
Namun begitu, gejala yang dinyatakan itu juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius seperti:
- Acute appendicitis
- Inflammatory Bowel Syndrome
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.