
nnmardhiahmasri96
5 tahun
Sakit perut mencucuk. Tidak boleh berdiri & berjalan terlalu lama
Saya wanita berusia 20an. Saya mengalami masalah sakit perut mencucuk hampir 3 hari. Sendi & tulang tulang terasa sakit. Bila berdiri or berjalan kepala rasa berpusing & akan rasa loya/muntah. Selera makan juga tiada.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Secara umum, gejala yang dialami boleh terjadi akibat beberapa hal seperti:
- Vertigo posisi benign - punca yang tidak diketahui
- Jangkitan perut / food poisoning
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link(DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.