
nurulfazera186
5 tahun
Sakit perut mengulas
Saya wanita yg berusia 26tahun dan mmpunyai 1anak…saya sakit perut dah 3hari…perut saya sakit mngulas2 dan tngkap pinggang…kenapa ye???

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut yang anda alami boleh disebabkan:
- Keracunan makanan
- Sindrom Iritasi Usus
- Sindrom Pra-menstruasi
- Penyakit radang pelvis
- Penyakit radang usus
Sekiranya anda mengalami gejala seperti demam, muntah, cirit-birit serta najis berdarah, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.