
shakira_yamanludin
5 tahun
Sakit perut menyucuk sebelah kanan
selamat pagi doctor.Sy ibu kepada seorang ank yg berusia 9 bulan.Saya mengalami sakit perut bahagian tepi yang teruk sehingga menyukarkan saya bergerak,mengangkat brg berat,dan membuat rutin harian.Selain itu,apabila saya bernafas,perut sebelah kanan teramat la sakit hingga menyucuk nyucuk dan membuatkan saya takut untuk bernafas.Saya dah ke klinik doc kata angin.jadinya dia beri saya 4 jenis ubat angin.Tapi tiada kesan langsung,tiada tanda2 nk lega.makin sakit lagi ada.adakah ini tanda2 appendix?thank you doc

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut disebelah kanan boleh disebabkan:
- Penyakit radang pelvis
- Radang apendiks
- Ovulasi/kehamilan ektopik/endometriosis
- Penyakit radang usus
- Jangkitan saluran air kencing/buah pinggang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.