Sulit
3 tahun
Sakit perut muntah berbuih
Saya mengalami sakit perut dari kelmarin , dan muntah berbuih . Pukul 4 pagi tadi saya berasa sakit perut dan ada muntah berbuih juga . Selain tu saya ada rasa sakit dibahagian dada juga . Boleh saya tahu kenapa jadi macam tu ya , dan saya ingat esok saya nak pergi klinik.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah sakit perut boleh berpunca oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- keracunan makanan
- gastroenteritis
- sakit otot
- diverticulitis (radang pada kantung usus)
- usus tersumbat
- jangkitan kuman dan bakteria
- inflammatory bowel disease
- irritable bowel syndrome
Berdasarkan keterangan anda bahawa anda mengalami gejala muntah berbuih, adalah sebaiknya anda berjumpa dengan doktor secara langsung bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan segera untuk kelegaan anda.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan penyebab serta diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih