
Sulit
4 tahun
Sakit perut , najis berdarah, muntah dan pening
Saya wanita dan berumur 18 tahun . Sakit yang saya hadapi dah dekat setahun lebih . Sakit saya iaitu saya akan sakit perut yang amat sangat bila makan makanan pedas . Kadang2 sampai buang air besar berdarah . Dalam masa yang sama saya sakit perut , lepas tu saya akan berasa loya nak muntah dan pening2 .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda. Untuk makluman anda, makanan pedas mengandungi ‘capsaicin’. Bahan ini menyebabkan lapisan perut dan usus anda merengsa. Apabila anda makan makanan yang pedas, otak anda akan mentafsir dalaman anda sedang terbakar. Seperti apabila cili pedas terkena tangan anda, anda akan berasa pedas lalu mencuci dengan air. Oleh itu, otak anda akan mengeluarkan hormon endorfin iaitu bahan kimia dalam badan yang berfungsi sebagai penahan sakit. Maka, apabila anda makan makanan yang terlalu pedas, anda akan berasa perasaan euforia.
Usus anda pula akan mempercepatkan proses untuk mengeluarkan bahan yang pedas daripada perut sehingga menyebabkan cirit-birit. Air besar yang berdarah apabila makan pedas boleh terjadi jika keradangan di lapisan perut terjadi.
Namun, berak berdarah harus disiasat dengan lebih lanjut jika berlaku terlalu kerap. Punca-punca berak berdarah yang lain adalah seperti:
- Luka akibat sembelit
- Buasir – buasir adalah keradangan saluran darah pada dubur dan ia sangat biasa berlaku
- Fisur dubur (anal fissure) – selaluny disebabkan oleh sembelit dan ketegangan
- Ulser peptik – 90% kes disebabkan oleh jangkitan kuman Helicobacter Pylori
- Radang usus
- Kanser kolorektal
- Radang usus
- Irritable bowel syndrome
Nasihat secara am yang dapat diberi kepada anda ialah:
- Elakkan makanan pedas
- Sekiranya perlu makan makanan pedas, minum air susu untuk meneutralisasikan rasa pedas
Oleh itu, saya menyarankan anda berjumpa dengan doktor jika perkara ini berlanjutan supaya soalan yang terperinci dapat ditanyakan dan ujian kesihatan dapat dijalankan. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.