
Sulit
4 tahun
Sakit perut nak berak
Hi doktor, sy nk tnya ni knp ya klau sy minum air milo @ air koko perut sy akn sakit?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Sakit perut seperti hendak membuang air besar kebiasaannya normal untuk berlaku setelah anda minum minuman bersusu lebih-lebih lagi milo dan koko. Namun, jika ia terlalu sakit sehingga menyebabkan anda cirit-birit atau sembelit, ia boleh merujuk kepada masalah lain.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.