
Sulit
5 tahun
Sakit perut pada bahagian bawah pusat
saya baru usia 20 tahun…sejak sbulan yg lepas perut saya kerap rasa sakit yg mencucuk kat bahagian bawah pusat…kadang,sakit tu buatkan saya rasa nk termuntah…dalam 2,3 hari ni pulak,saya perasan ada darah ketika buang air kecil…sdangkan saya baru saja habis datang bulan…sakit ni makin lama makin kuat n buatkan saya buntu…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
alam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala sakit di bahagian bawah pusat boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Appendisitis kronik
- Penyakit keradangan pelvik
- Sembelit
- Penyakit keradangan usus
- Keradangan saluran/ pundi kencing - akibat batu karang atau jangkitan kuman
- Faraj melecet
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Ektropion serviks
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.